2012年7月28日星期六

This blog is proudly presented by:
  • Lee Ai Lin from class S4E
  • Kuok Huey Yii from class S4E
  • Tan Khye Lee from class S4E
  • Teh Jia Shin from class S4E
  • Teo Camy from class S4E
Latihan-latihan
  1. Mengapakah pemerintah bandar pompei membina sistem saliran bawah tanah?
  2. Mengapakah sistem pentadbiran Rom diketuai oleh dua orang konsul?
  3.  Apakah keistimewaan Hukum Kanun 12 dan Undang-Undang Justinian?
  4. Mengapakah colloseum dibina?
  5. Apakah pemerintahan di Perancis dan Afrika Selatan?
  6. Nyatakan keistimewaan bandar Pompei.
  7. Apakah kesan perkembangan pendidikan dalam tamadun Rom? 
  8. Sekiranya anda dilantik menjadi pemerintah Rom, bagaimanakah anda mewujudkan keselesaan hidup penduduk Rom?
  9. Andaikan Philip dilantik sebagai ahli Dewan Senat dalam sistem republik di Rom. Apakah tugas beliau?
  10. Apakah fungsi penulisan hasil kesusasteraan dalam tamadun Rom?


 Jawaban
  1.  -menjadi sumber bekalan air
  2. -mengimbangi kuasa pemerintah
  3. -merupakan undang-undang bertulis
  4. -menjadi tempat pahlawan bertarung
  5. -Republik
  6. -mempunyai pelbagai kemudahan/mempunai sistem saliran air bawah tanah
  7. -melahirkan jurutera yang boleh membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya      -melahirkan ahli falsafah dan sejarawan yang menulis sejarah kegemilangan Rom
  8. -mewujudkan majlis perbandaran/menyediakan pelbagai kemudahan
  9. -merangka undang-undang/membincangkan hal pentadbiran
  10. -meningkatkan semangat patriotisme 
Pendidikan Rom
-menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom
-banyak mengambil dan menyerap unsur dari Yunani
-pusat pendidikan dan ilmu berkembang pesat
-melahirkan jurutera ( membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya)
-melahirkan ahli falsafah dan sejarahwan ( menulis tentang sejarah kegemilangan Rom)

Sistem Sosial
-dibahagi kepada warganegara Rom, bukan warganegara dan hamba
-warganegara Rom= orang Rom
-bukan warganegara= penduduk yang ditakluki 
Perundangan
-undang-undang berbentuk undang-undang bertulis
-Undang-undang Rom yang pertama : Hukum Kanun 12
-Hukum Kanun 12:

  • dipahat pada Papan Dua Belas
  • diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat
  • terlalu banyak undang-undang dan rumit
  • undang-undang adat Rom disatukan pada tahun 449S.M. 
  • kekal selama 400 tahun
Maharaja Justinian
-memperkenalkan pelbagai perubahan dalam bidang pentadbiran
-mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang-undang
-melahirkan Kod Undang-Undang Rom ( Undang-Undang Justinian)

Undang-Undang Rom
-terdiri daripada 3 cabang:
  1. undang-undang sivil
  2. undang-undang rakyat
  3. undang-undang natural (natural law)
Prinsip undang-undang
-menjadi asas kepada undang-undang yang terdapat pada hari ini
-prinsipnya:-
  • semua manusia sama di sisi undang-undang
  • seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah
  • keadilan terhadap setiap individu
  • hukuman berasaskan bukti yang cukup
Pemerintahan dan Pentadbiran
-pemerintahan bermula dengan sistem beraja dari tahun 753 S.M.
-diperintah dengan mutlah oleh raja-raja berketurunan Etruscan(bukan berasal daripada kalangan masyarakat Latin tempatan)
-pemerintahan tidak disenangi oleh masyarakat Latin
-patrician telah memberontak
-kerajaan Republik dibentuk

Sistem Republik
-tiada pemerintah berkuasa mutlak
-kuasa tertinggi: 2 orang konsul(tiada yang lebih berkuasa) 
-konsul:-
  • dilantik oleh Dewan Senat 
  • dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan
  • setiap konsul pernah menjadi praeotor (pemerintah tentera)
-segala keputusan Dewan Senat mesti disampaikan kepada Dewan Perhimpunan (semua rakyat Rom) untuk diluluskan


Pemerintah Julius Caesar
-Sistem Republik di Rom telah berubah apabila Rom mencapai taraf empayar 
-perubahan berlaku setelah Julius Caesar meluaskan kuasanya
-terbentuk sistem pentadbiran berpusat (kesan penyatuan wilayah-wilayah kecil)
-sistem republik ditamatkan dan Julius Caesar menjadi diktator dan menggunakan gelaran maharaja


Pemerintah Augustus
-memerintah Rom dari tahun 27-14 S.M
-menggunakan gelaran maharaja
-berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam 3 buah benua
-keamanan yang wujud kekal selama 200 tahun
-Zaman Kegemilangan dikenali sebagai Pax Romana ( Keamanan Rom)
Bandar di Rom
-pembinaan adalah terancang dengan pelbagai kemudahan
-bandar contoh: Pompei (kota yang hilang ditelan bumi)
-Pompei:-
  • wujud pelbagai kemudahan di bandar ini.
  • terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan *colloseum (binaan bulat tanpa atap,tempat pertandingan bagi pahlawan Rom)
  • mempunyai penduduk seramai 50000 orang
  • terdapat sistem saliran bawah tanah (menyalurkan air melalui paip sejauh 165km yang melibatkan 14 buah saliran/terusan)
  • kegunaan sistem saliran bawah tanah: bekalan air disediakan, perindustian, pengangkutan 
***colloseum :  Colosseum (nama asalnya Flavian Amphitheatre) ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72, dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus.Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden.

2012年7月24日星期二

Perbandaran Tamadun Rom

Tamadun Rom bermula bermula daripada kampung-kampung kecil yang wujud di kawasan selatan Sungai Tiber di Itali. Penduduk yang mendiami kawasan tersebut ialah orang-orang Aryan atau dikenali sebagai orang Latin. Perkampungan mereka telah berkembang menjadi bandar besar dan seterusnya menjadi sebuah empayar. Di bahagian selatan Itali dan Pulau Sicily didiami oleh orang-orang Yunani. Mereka mendirikan bandar-bandar dan mengamalkan kebudayaan Yunani. Rom merupakan sebuah bandar terbesar di Itali. Bandar ini terletak di sebuah bukit kecil di tepi Sungai Tiber. Rom berkembang dan menjadi bandar penting yang akhirnya meliputi tujuh buah bukit di sekitarnya. Apabila Rom jatuh ke tangan orang-orang Etruscan pada abad ke-6 SM, Rom telah muncul sebagai sebuah bandar yang besar dan sebuah tembok dibina mengelilingi ketujuh-tujuh bukit tersebut. Banyak bangunan dibina oleh orang-orang Etruscan. Sebuah pelabuhan juga dibina di tebing Sungai Tiber untuk urusan perdagangan.